Tuesday, 21 February 2012

News


Gold Party Public Gold


Apa khabar pelabur emas , peniaga emas dan penyimpan emas sekalian . Moga sahabat sekalian dalam keadaan sihat hendaknya . Bagaimana dengan emas & silver yang sahabat beli tempoh hari ? Tentu sahabat sekalian sudah merasai kehebatannya.Itulah emas dan perak……..

Baiklah berbalik kepada topik asal kita pada hari ini mengenai promosi terkini dari Public Gold.Bagi mereka yang sudah mengikuti perkembangan Public Gold , tentu pernah merasai gold party yang dianjur oleh Public Gold.
Bagi mereka yang belum pernah merasai , boleh hadirkan diri di cawangan berhampiran sambil membawa emas lama / apa-apa emas asalkan emas untuk trade-in kepada emas jenama Public Gold sempena promosi X-Plan kali ke 2 ( promosi X-Plan kali 1 ).Mesti anda tertanya-tanya , hebat sangatkah emas Public Gold ?
Secara jujurnya memang hebat kerana saya sudah merasainya hampir 3 tahun.Antara kelebihannya :
Mengapa anda harus tukar emas anda kepada produk Public Gold ?
  1. Jika total nilai emas anda melebihi 20K , secara automatik anda akan bergelar dealer sah Public Gold dan akan menikmati kelebihan sebagai dealer (komisen dan sebagainya).
  2. Spread harga product Public Gold yang rendah ( tempoh mengaut untung yang cepat ) .
  3. Mudah untuk dijual beli ( 14 cawangan seluruh negara dan +-16 ribu dealer seluruh negara ).
  4. Public Gold akan membeli kembali product tersebut walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
  5. Harga sentiasa diupdate mengikut harga emas semasa dunia ( update setiap 20 minit ) dan boleh dilihat secara “live” oleh sesiapa pun.
  6. Buatan tempatan yang sudah ada nama di pasaran & memiliki sijil ketulenan yang sah ( tidak perlu ada keraguan tentang ketulenan ) .
Baiklah bagi mereka yang ingin hadirkan diri boleh lihat jadual dibawah dan jangan lupa bagitau staff yang bertukar nama saya sebagai introducer : Sabri Ahmad / PG000428 . Terima kasih ya :)

Monday, 20 February 2012

Emas 2020


2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.

Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.


Sumber : Berita Harian


Thursday, 16 February 2012

Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya.
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda.
Sangat bagus bagi pembaca yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas atau apa-apa sahaja pelaburan.
Sewaktu saya mengunjungi kedai buku MPH dekat Jaya Jusco Kuala Lumpur, saya terpandang satu buku yang bertajuk “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd.
“Wah! menarik buku ni” bisik hati kecil saya. So saya terus beli buku nie dan membacanya.
Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua.

Gambar: Muka depan buku Menjadi Seorang Pelabur Bijak.
Buku ini ada berkisar kepada topik “Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan?” Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya:
1. Saham amanah
2. Emas (secara ringkas)
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk
Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.

Gambar: screenshot buku ini mukasurat 37. 
Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.
Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?
Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (susutnilai) yang betul dan disimpan di tempat yang betul.
Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (klik sini). Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.
Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?
Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news.
Kenapa?

Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas @ memborong dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline (baca sini).
Jadi anda boleh memaksimakan keuntungan.