Order

CARA MEMILIKINYA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia;

Apabila sudah mengetahui kebaikan menyimpan emas dan perak, tentulah tuan/puan juga ingin tahu bagaimana cara untuk memiliki emas dan perak tersebut.

Terdapat 2 cara belian yang dapat saya rumuskan di sini.

(1) Tempahan (lock) dan belian dengan saya (dealer)

(2) Tempahan (lock) dengan saya (dealer), tetapi belian di pejabat PG


Bagi Cara (1)
-------------
- Tuan/puan bolehlah memantau-mantau harga PG SELL bagi emas atau perak di jadual
- Jika sudah berkenan di hati, bolehlah lock harga dengan cara menghantar sms kepada saya seperti contoh :
"Saya ingin beli 1 dinar=RM657 & goldbar 20g=RM3179, jam 11.45am, 20/03/2011"
- Saya akan hubungi tuan/puan untuk persetujuan
- Bayaran boleh dibuat secara bank-in ke akaun atau Cash On Delivery
- Saya akan hantarkan emas @ perak yang tuan/puan hajati
- Cara ini sangat sesuai dengan tuan/puan yang tinggal berhampiran dengan saya sahaja


Bagi Cara (2)
-------------
- Tuan/puan bolehlah memantau-mantau harga PG SELL bagi emas atau perak di jadual
- Jika sudah berkenan di hati, bolehlah lock harga dengan cara menghantar sms kepada saya seperti contoh :
"Saya ingin beli 1 dinar=RM657 & goldbar 20g=RM3179, jam 11.45am, 20/03/2011"
- saya akan hubungi tuan/puan untuk persetujuan
- jika tuan/puan bersetuju; sms nama penuh, no kad pengenalan, email, no handphone & pejabat PG mana tuan/puan ingin collect emas@perak.
- saya akan lock kan harga yang sahabat berkenan itu melalui online order system PG
- sila tunggu sehingga Sales Order (SO) diemailkan kepada sahabat pada keesokan harinya
- buat bayaran ke akaun PG seperti arahan di dalam SO
- email/faxkan bukti bayaran telah dibuat kepada PG
- sahabat boleh collect emas@perak tersebut selepas 3-5 hari bayaran diterima.
- jangan lupa hubungi pejabat PG terlebih dahulu bertanyakan status order sahabat dan bawa semua dokumen diperlukan iaitu SO dan bukti bayaran untuk collect emas@perak
- cara ini sangat sesuai bagi sahabat yang ingin lock pada harga rendah (biasanya di luar waktu pejabat PG), tetapi tinggal berjauhan dari saya


Tuan/puan bolehlah pilih cara mana yang paling berkenan di hati. Ini kerana harga live price semua produk PG diupdate setiap 20 minit (kecuali Sabtu dan Ahad). Ambillah kesempatan ini, untuk buat tempahan (lock) pada harga di dalam kemampuan tuan/puan.

Jika dirasakan wang tunai yang ada sekarang hanya sekadar mencukupi utk belian paling minima, sedangkan tuan/puan berkeinginan untuk memiliki logam2 ini dengan berat yang lebih sedikit, saya ingin mencadangkan agar tuan/puan membuat pembayaran secara EPP (Easy Payment Purchase) atau lebih dikenali sebagai monthly installment selama 4 bulan.

Cara ini adalah patuh syariah kerana brg tersebut hanya akan diserahkan setelah pembayaran selesai dan caj 0.5% yang dikenakan adalah caj pengurusan dokumentasi sahaja.

Cara pembayaran ini banyak diaplikasikan oleh mereka2 yang ingin bergelar Dealer (belian minimum RM20,000), tetapi tidak mahu membuat pembayaran sekaligus.
Tiada pembelian minimum bagi pembayaran EPP.
Tuan/puan hanya akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 0.5% dari jumlah bayaran jika menggunakan cara EPP ini dan item tuan/puan boleh diambil selepas bayaran ke-4 selesai.

Contoh :

Ingin membuat belian 20gram Goldbar 999.9 pada harga sekarang RM3695.00 ~ 24/09/2011

(1) Caj pengurusan yang dikenakan ialah 0.5% = RM18.48

(2) Jumlah bayaran = RM3695.00 + RM18.48 = RM3713.48Harga goldbar dibahagikan kepada 4 = RM923.75/bulan
Caj Pengurusan = RM18.48
Bayaran 1 (24/09/11) = RM923.75 + RM18.48 =RM942.23
Bayaran 2 (24/10/11) = RM923.75
Bayaran 3 (24/11/11) = RM923.75
Bayaran 4 (24/12/11) = RM923.75 > boleh ambil goldbar 20g tersebut

Mudah kan?

Apalagi, kemudahan telah disediakan... manfaatkan kemudahan yang sedia ada untuk menjana keuntungan di masa hadapan.

Pastikan tuan/puan memberitahu saya ingin ambil di PG cawangan mana & cara pembelian secara EPP


Juga perlu diingatkan, apabila tuan/puan sudah lock dan telah ada persetujuan bersama, maka tempahan tidak boleh dibatalkan. Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk memantau harga di jadual, graf-graf harga dan juga carta-carta trend harga di blog saya ini.


Apabila telah betul-betul yakin untuk buat tempahan, barulah hubungi saya.


Mulakan langkah pertama... insyaAllah tuan/puan tidak akan menyesal... simpanan emas dan perak pasti lebih menjamin masa depan sahabat & keluarga.

Lihat sahaja perbezaan harga goldbar 20g di dalam contoh lock harga di atas(saya tulis pada 20/03/2011) dan contoh lock harga secara EPP (saya tulis pada hari ini, 24/09/2011)...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan
~ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


"SELAMAT DATANG KE DUNIA PENYIMPAN EMAS & PERAK"

Wallahu'alam.

----------------------------------------------------------------------------