Thursday, 16 February 2012

Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas @ Sebarang Pelaburan?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan gembira adanya.
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda.
Sangat bagus bagi pembaca yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas atau apa-apa sahaja pelaburan.
Sewaktu saya mengunjungi kedai buku MPH dekat Jaya Jusco Kuala Lumpur, saya terpandang satu buku yang bertajuk “Menjadi Seorang Pelabur Bijak” tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd.
“Wah! menarik buku ni” bisik hati kecil saya. So saya terus beli buku nie dan membacanya.
Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua.

Gambar: Muka depan buku Menjadi Seorang Pelabur Bijak.
Buku ini ada berkisar kepada topik “Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan?” Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya:
1. Saham amanah
2. Emas (secara ringkas)
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk
Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.

Gambar: screenshot buku ini mukasurat 37. 
Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.
Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?
Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (susutnilai) yang betul dan disimpan di tempat yang betul.
Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas (klik sini). Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.
Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?
Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news.
Kenapa?

Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas @ memborong dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline (baca sini).
Jadi anda boleh memaksimakan keuntungan.

Wednesday, 15 February 2012

Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-02-15_16:55:38)
 PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,919.00RM 1,766.00
20 gramRM 3,803.00RM 3,575.00
50 gramRM 9,464.00RM 8,943.00
100 gramRM 18,839.00RM 17,897.00
250 gramRM 46,876.00RM 44,766.00
500 gramRM 93,752.00RM 89,533.00
 
1 DinarRM 780.00RM 733.00
5 DinarRM 3,881.00RM 3,667.00
10 DinarRM 7,727.00RM 7,341.00
 
i-Series 22K Jewellery
5 gramRM 892.00RM 803.00
10 gramRM 1,784.00RM 1,606.00
20 gramRM 3,568.00RM 3,211.00
50 gramRM 8,920.00RM 8,028.00
100 gramRM 17,840.00RM 16,056.00
 
D-Series 22K Jewellery
1 gramRM 182.86RM 149.94

Sunday, 12 February 2012

Emas Lepasi Paras AS$1,600 seauns



HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.
Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.
“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.
Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.
Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.
Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.
Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.
Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.
Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.- Berita Harian