Kepada semua dealer, pelanggan
serta pengunjung lama web ini yang saya di hormati. Jemput datang ke Majlis
Perasmian Wisma Public Gold baru. Kejayaan Public Gold hari ini hasil sokongan
anda semua. Terima kasih.
Monday, 5 March 2012
Wednesday, 29 February 2012
HoT NeWs !
Mar 1, 2012
Assalamualaikum Pengunjung Budiman
yang saya hormati..
Salam ukhuwah untuk semua! Semoga
sihat dan ceria selalu!
Saya sangat bersyukur dapat
mengenali Public Gold sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu emas pertama Public
Gold yang saya miliki 50gm baru bernilai RM5,090. Sekarang saya sendiri sudah
kecapi kenaikan harga emas tersebut 100% profit keuntungan kenaikan harga emas.
Tahniah! kepada seluruh rangkaian www.jutawanemas24k.com @ rangkaian mama kerana
menikmati rezeki yang di limpahi juga.
Bagaimana dengan anda yang belum
bermula? Oh! ya masih belum terlambat kepada yang belum menyimpan magnet
kekayaan ciptaa Allah ini!
Saya faham delima, susah senang,
jatuh bagun, blurr, tak tau macam mana nak bermula dll…..jangan bimbang selagi
langit kita masih junjung! insyaallah ada jalan keluar…cuma yakin pada diri
sendiri dan yakin pada Allah itu sahaja.
Saya sedia membantu jika anda
benar-benar jujur pada diri sendiri utuk maju jaya. Apa yang anda perlu lakukan
langkah pertama jumpa saya di seluruh Malaysia….seperti dalam AKHBAR Utusan
Malaysia hari ini pada 1 March 2012
SEMUA AKAN SAYA SHARING DI SEMINAR
NANTI SAMA-SAMA…
” NO REGRET….WORTH GET TO KNOW GOLD
KNOWLEDGE! LEARN & CONSISTANT RICH!
Alhamdulillah..Public Gold telah
berjaya melahirkan ramai USAHAWAN dan JUTAWANEMAS. Tahukah anda di Public Gold
sudah melebihi 20 ribu orang Authorized Agent di seluruh Malaysia.
Hebat! Hebat! sangat Hebat! ‘ONE STOP CENTER & FULL PACKAGE SIMPANAN EMAS & PERNIAGAAN EMAS YANG LENGKAP” pertama Di Malaysia. “Harga Emas Termurah di Malaysia..Spread Terendah untuk semua yang mampu di miliki.
Hebat! Hebat! sangat Hebat! ‘ONE STOP CENTER & FULL PACKAGE SIMPANAN EMAS & PERNIAGAAN EMAS YANG LENGKAP” pertama Di Malaysia. “Harga Emas Termurah di Malaysia..Spread Terendah untuk semua yang mampu di miliki.
Lonjakan Harga Emas – Emas aset
selamat dalam era ketidaktentuan ekonomi dunia.
Nak kekal Berjaya! wajib cukup ilmu
serta bimbingan.
Semoga anda dan saya diberi
pimpinan, petunjuk, sokongan, bantuan dan rahmatNya! Anda kaya & berjaya!
-DOA-
Hubungi saya. Authorized Master Dealer PG002052 dan juga Penceramah Rasmi Perempuan Melayu Pertama Public Gold.
Akhir kata dari saya:
“SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN YANG PASTI”
HUBUNGI: 019-6505262 (Azizah a.k.a Mama)
Hubungi saya. Authorized Master Dealer PG002052 dan juga Penceramah Rasmi Perempuan Melayu Pertama Public Gold.
Akhir kata dari saya:
“SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN YANG PASTI”
HUBUNGI: 019-6505262 (Azizah a.k.a Mama)
- Untuk mendaftar, anda hanya perlu menghantar maklumat (Nama & Lokasi seminar yang ingin dihadiri) melalui SMS ke no Hp saya 019-6505262
- Contoh: Saya Tengku Emran dan Sopiah Hamid ingin hadir ke seminar percuma di PG Bandar Sunway – Hantar ke – 019-6505262.
Thursday, 23 February 2012
Labur Emas Mengikut Syariah - Utusan
Labur Emas Mengikut Syariah
EMAS
pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan
kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset
simpanan yang baik.
Teks al-Quran dan hadis banyak
menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata
wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang
kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan
mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka,
yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak
akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(ali-’Imran: 75)
Selain digambarkan sebagai harta
kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34,
al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang
berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31,
al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.
Selain dijadikan barang kemas, emas
juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh
dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam
jangka masa panjang.
Ini dibuktikan dengan kenaikan harga
emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan
sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau
secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.
Kebenaran emas sebagai penyimpan
nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak
zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Dalam sebuah hadis daripada Syahib
bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa
Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk
beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing,
kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu
dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual
belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat
al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan harga seekor
kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan
harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih
kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).
Namun, akibat pelbagai hambatan
ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang
diniagakan.
Perubahan landskap ekonomi dunia
juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk
melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk
fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun
pelaburan emas.
Situasi ini menyebabkan
kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan
urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk
dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.
Mengikut muamalat Islam, urusniaga
jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata
wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang
seperti ringgit atau dolar.
Secara umum, urus niaga emas hendaklah
memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW
dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak,
gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama,
timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti
mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat
Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).
Hadis ini menjelaskan syarat
transaksi emas dengan mata wang iaitu:
n Serahan (qabd) barangan emas dan
harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad
sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki
(serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan
mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).
Serahan harga oleh pembeli pula
boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan
ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau
wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS),
telefon atau emel.
n Serahan barangan emas dan harga
hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan
masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak
dibenarkan syarak.
Walaupun begitu, kontrak jual beli
emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh
matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut
hinggalah penjual mendapat bayarannya.
Apabila mendapat bayaran, kontrak
akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.
Suatu perkara yang penting dalam
jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli
meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.
Maksudnya, walaupun harga emas naik
atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.
Berhubung dengan perkara ini,
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali
Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti
berikut:
Wa’d boleh dimasukkan dalam
pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya
muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini
adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli
emas dengan harga tertentu.
Perjanjian pembelian ini dinamakan
‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual
beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
Selain itu, terdapat beberapa
syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil
berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
l Emas hendaklah wujud, dimiliki
penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam
tempoh uruf (kebiasaan);
l Emas hendaklah diketahui sifat
fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya
atau melalui contoh pesanan.
l Nilai harga emas hendaklah
diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
l Kontrak jual beli hendaklah
dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan,
tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.
Akhirnya, perlu diingatkan bahawa
umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset
simpanan.
Jika terlibat dalam pelaburan emas yang
menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan
yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan
sebagainya. – Utusan Online
Wednesday, 22 February 2012
Kisah emas 15 kg...
Kisah Jongkong Emas 15Kg | Mendengar berita ramai penduduk Johor bertemu berpuluh kg hablur emas (LINK) di Johor Bharu,Pak Pandir tekad mahu juga mencari emas untuk dirinya. Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.
Gambar hiasan: Jongkong emas 15kg yang ditemui Pak Pandir
Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Si Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.
Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis “Di sini tiada harta karun Pak Pandir”. Lega hatinya,Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.
Malam itu sedang Si Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, Si Luncai pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas 15 kg yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk ‘cover line’, luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis “BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!“.
Tuesday, 21 February 2012
Cerita Emas
Impian Dunia Baru Emas
KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.
Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.
YAKIN HIDUP BERUBAH… Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.
Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.
Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.
Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.
Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.
Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.
“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.
Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.
Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).
Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.
Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.
Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.
Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.
Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.
Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.
Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.
Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.
“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.
Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.
“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.
“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.
Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina – Chile.
Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.
Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.
Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.
Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.
Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas – biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.
Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.
Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.
Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.
Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.
Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.
“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.
“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.
Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.
Peralatan mereka sangat sederhana – satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.
Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.
Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.
“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.
Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.
Ia disokong Souter.
Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.
“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.
“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.
Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.
Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).
Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.
Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.
Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.
Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.
“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.
Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.
Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.
“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.
Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.
Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.
Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.
Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).
Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.
“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.
Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari. – Harian Metro
Sorok Emas Dalam Rumah??
Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam Patut Di Ikuti
TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.
Sumber :Harian Metro,18/02/2012
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.
Sumber :Harian Metro,18/02/2012
Subscribe to:
Posts (Atom)